"tiAp sAAt kUmEriNdU, tiAp dEtikkU iNgAti, mOgA diri disAyANgi, MENikMAti hEbAt cINtA sUci, kUbErsAksi tiAdA tUhAN mELAiNkAN ALLAH, kUbErsAksi dAN mUhAMMAdLAH pEsUrUH ALLAH, kUbErjANji mALaM siANg kUrEdHA uNtkMU, kUbrjANji hidUp mAti aMAL ibAdAH uNtUkMU..."(^_^)!

Wednesday, April 13, 2011

TENTANG DIA YANG KU CINTA…(^_^)V


Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI…

“YA ALLAH YA TUHAN AMPUNKANLAH DOSA DAN KASIHANILAH IBU BAPAKU SEPERTI MEREKA MENGASIHIKU SEWAKTU AKU KECIL DAHULU…”

Nostalgia lama...Aku terlalu rindu padanya rupanya…=) Alhamdulillah…syukur padaMU ya ALLAH kerana mengurniakan dan memberiku diriku seorang bapa yang terbaik buat anak-anaknya…moga KAU tempatkan baba dikalangan hamba-hambaMU yang soleh…aremeen ya rabbal a’lameen…

Kiranya jika baba masih disisi, kini genap sudah umurnya 65 tahun…tapi apa yang pasti masih lagi terasa kehadirannya disisi...Entah mungkin naluri si anak ini masih lagi merasai halusnya didikan yang diberi..sehingga sekecil-kecil perkara dapat ku semat di dalam memori untuk sekian lamanya… anak tunggal dari Permatang Simpor ini tidak penah jenuh dan perit dalam menjalankan amanah yang ditaklifkan, menggalas bebanan atas tohmahan dek kerana masyarakat ketika itu jahil tentang islam… suami yang terbaik buat mama… menjadi baba yang tegas but sweet n lucu tok anak-anaknya… Itulah baba!! Mohd Saad mean yang membahagiakan...=)..moga KAU himpunkan kami sekeluarga di tamanMU ya ALLAH…

Menjadi anak didik di sekolah arab dan seterusnya menyambung pelajaran ke India di Jamiah Darul Ulum selama 2 tahun..tetapi pulang ke Malaysia kerana India darurat dan menyambung semula pengajian dalam Syariah Islamiah di Ardul Kinanah untuk 12 tahun lamanya…baba agak lucu kisahnya…belajar, mengajar dan menjadi tenaga pengajar sehingga semua pelajar dan rakan-rakan lulus cemerlang dan pulang ke Malaysia…tetapi babaku…Aduh…entah..katanya gemuruh dan gementar bila menjawab exam… Jawapannya tersangkutlah beberapa madah setiap kali exam…padahal dia yang menjadi rujukan utama dalam semua hal...=)…hal yang sama berulang-ulang sehingga 12 tahun lamanya…Babaku berkata"ALLAH terlalu menyayanginya,jadi dia diuji dengan masa, ada harta berharga yang ingin diberi ALLAH buatnya…"..=)Oleh itu masa yang ada dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk bertalaqqi dengan ulamak-ulamak di sana..

Yang palingku ingat hingga kini, Syeikh buta yang mendengar hafazannya selalu…( masih ada lagi gambar Syeikh itu dalam simpananku )..si tua yang buta tetapi celik mata hatinya sehingga dia mampu membaca setiap kesalahan yang ada pada babaku…tersalah makhraj huruf 1 rotan dihadiahkannya??? Syadid kan??? Tetapi itulah proses tarbiyah yang berkesan…Turut terkesan kepada diri si anak sulungnya…( ketika berusia 9 tahun..habis Al-Quran berlopak-lopak dek kerana air mataku yang tidak berhenti mengalir setiap kali ngaji Quran di depan baba!!! Aduh malu ketika itu...Salah makhraj huruf rotan disisi dihayungkan..bukan melayang di peha anaknya pon tapi di bantal sebelahannya sahaja…Psiko lagi..Sehinggakan adik dibawah ku selalu ketawa…“Apalah k.shah ni baca Quran pon nak tiyak…terok betoila k.shah!!!Malula dekat oghang!!!” Tapi itulah tarbiyah…yang mengalami akan lebih mengerti dan memahami…sangat- sangat berharga waktu itu!!! Mahu ku putarkan masa jika bisa…ALLAH lebih mengetahui apa adanya..=)

Setelah sekian lama genaplah tahun ke 12 baba disana…Apa lagi nenek di kampung sudah bersiap siaga membuat kenduri bacaan doa selamat semoga baba lulus dengan jayanya…Anak emaslah katakan… Akhirnya baba balik ke Malaysia.. Inilah masa mencurah bakti..menjadi sang Murabbi yang dikagumi, menjalankan misi daie haraki.…Membawa sinar pencerahan di perbukitan Batu Lintang… satu-satu kitab disyarahnya…sehingga yang kati menjadi bulan…=)..Al-marhum Datok yang dulunya buta juga sudah cerah mata hatinya… (Dulu al-marhum tok yang bertegas berkata..”wat pa antaq anak pi ngaji agama ni..esok blik nak jadi apa???..baik bagi dia ngaji kat sekolah oghang putih..esok bleh tolong - tolong kita…” ) Tapi setelah itu al-marhum tok wan juga yang menjadi tunggak utama disisi anaknya apabila usrah pertama di surau sudah menampakkan sinarnya…( rindu waktu ini walaupun masih lagi si anak kecil)…Mau ku putar masa lagi rasanya!!!^_^ Itulah baba...

Menjadi baba kepada anak-anak yang agak degil dan keras kepala bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikawal kerana baba mengajar jauh dari kampung halaman…Sehinggakan pantauannya dibuat berdasarkan jadual disiplin yang selalu penulis dan adik jarang tepati kecuali bila time jadual baba blik umah ujung minggu..=)…Malang tidak berbau hal demikian dapat dihidu..so dapatlah hadiah rotan dan gelang getah bergantung kepada kelewatan berada di zon selamat (rumah)… ni jadual nye… pagi sekolah..petang kafa..pas solat asar bleh kuar main tetapi jangan melebihi masa zon berada dirumah..jika lewat ada hadiah…pkul 6.30 petang tepat wajib ada dirumah sudah siap mandi dan menyusun buku-buku untuk diulangkaji or wat homework…mama agak baik orangnya…senyum sahaja melihat keletah anak-anak..tetapi baba tegas bila....(hehe)…jika lewat 6.45 petang satu rotan dikaki…6.55 petang 2 rotan dikaki…7.05 petang dua-dua kaki kena rotan…. 7.15 petang dua-dua kaki n tangan masing2x dapat habuannya…kata baba kene beleter kerana telinga tidak mendengar cakap…rotan dikaki kerana kaki yang bawak tuan tubuh berjalan..sama jgk tangan yg ikot je kaki...=)

Nak jadi cerita petang 2 penulis dan dan adik langgar peraturan, 7.15 petang baru blik umah…ari 2 bukan weekend tapi week day..baba balik umah sekejap rupanya..Dapatlah hadiah…punya takot sampai baca surah Fatihah hambuih kat kaki ngan tangan masing-masing…=) Sakitla jugak tapi baba bagi penerangan rotan untuk apa dan kami adik beradik faham coz kami yang wat salah…yes benar kata baba.. “masa 2 berharga..kalau kita yang tidak isi dengan perkara yang bermanfaat..kita yang rugi…sat g x pasal-pasal kena marah e.t.c kalot berebut nak msuk toilet time orang len nak smayang Maghrib…kita baru nak mandi..sat gi gaduh sapa nak masuk dlu..last-last dapat habuan lagi…” Kena kurung dalam Lau Ayamla jawabnya ataupon toilet gelap blakang ghumah…Hai seram...Psiko baba yang berkesan….=) Paling best malam bila lepas kena rotan..pas solat isyak penulis dan adik terus berpura-pura tidur...Masa ni la baba memainkan peranannya..diamek minyak gamat sapu dekat kaki and balutkan tempat yang kena rotan td...Pas 2 gendong kami adik beradik naik atas rumah...=)..Best sangat cm2...dah besar tapi digendong lagi...=) Love baba so much!!!Tapi itulah didikan yang betul-betul terkesan dan mengalir disegenap penjuru pembuluh darah penulis dan adik-adik hingga ke hari ini… Moga ALLAH melimpahkan seluruh rahmat dan menempatkan baba di kalangan mereka yang dekat pada-NYA…



Kita semua milik ALLAH..begitu juga mereka-mereka yang ada disisi kita..semuanya milik ALLAH..dia berhak mengambil kembali kepunyaan-NYA yang dipinjamkan sementara buat kita…Begitu juga dengan baba, ALLAH lebih menyayanginya lebih dari kita sendiri…Baba pergi menghadap ilahi dipangkuan ku setelah demam panas yang menyebabkan kelumpuhan separuh badan tanggal 26.1o.98, 4.15 petang selasa selepas mama membuat kenduri sambutan ulangtahun ku yang ke -10.. Bubur jagung yang kusuap ke mulutnya masih lagi haba-haba kepanasan…Sumanya berlaku hanya sekelip mata, baru tadi bergurau senda dan menguap bubur kepadanya…diriku dikejutkan oleh tangannya yang lemah…Dan daku yakin ALLAH sudah memberi petanda bahawa sudah sampai masanya bapa pulang kepangkuanNYA… Walaupun baba tiada disisi, tetapi kami suma mengerti bahawa kehilangan bukan bermakna dia tidak lagi disisi tetapi kehilangan mengajar kita menghargai apa yang ada disisi pada hari ini..(^_^)v

p/s : “Kadang-kadang pengalaman itu bertujuan untuk mendidik kita sebenarnya dan ada iktibar dan ibrah yang tersembunyi yang ingin ALLAH digarapkan dalam diri kita untuk panduan pada masa akan datang….Apa yang kita hadapi sebenarnya adalah apa yang ingin ALLAH tunjukkan kita pada masa depan…Dan ingatlah bahawa kehilangan bukan bermakna dia tidak lagi disisi tetapi kehilangan mengajar kita menghargai apa yang ada disisi pada hari ini!!!” Moga kalian menghargai apa yang kalian miliki pada hari ini!!! (^_^)v

Friday, April 8, 2011

~~TERIMA KASIH TUHAN~~



Terima kasih wahai Tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
membenarkan aku menghadap-Mu
Tuhan yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
mengizinkan ku minta pada-Mu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
tidak pula pandai beradab dengan-Mu
aku mula bimbang
kalau aku derhaka dalam ketaatan
bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat
tapi ku kan dapat kemarahan-Mu

Ya Rabbal 'Aalamin

Maafkanlah aku..
.

Tuesday, April 5, 2011

~~~Bayaran Sebuah Kemaafan~~~(^_~)

" n___~

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:
Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain..."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan...Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan...Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan...

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir...Mereka akan pergi meninggalkan kita...Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka...Hari ini kita telah menjadi seseorang...Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan...Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar...Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya...
Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain...Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti...Mungkin juga dia disakiti...

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita...Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita? Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu...kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?
Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan...

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan...
Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya... Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya... Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia...
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka...
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita...
Maafkan sahaja...
Kembalilah bersaudara...

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah... Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan????

p/s :Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan...=)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

sumber : iluv islam

Monday, April 4, 2011

Saya banyak belajar dari mereka-mereka..=).. terima kasih wahai sang mereka-mereka..=)


Wajah mereka-mereka yang tidak mungkin luput di ingatan...moga ALLAH berkati kalian untuk selamanya..siapa kamu, dimana kamu dan apa adanya dengan kamu...hanya ALLAH yang bisa menentukan semuanya..moga ukhwah kita bertaut hingga ke syurga...



Alhamdulillah..syukur pada rabbul jalil kerana masih lagi memberi ruang untuk sang hamba mencoretkan bingkisan hati…memberi kesempatan dan kekuatan atas semua hal yang berlaku dan membuka hikmah disebalik kejadian dan memandu sang hamba untuk terus betah bertahan.. Alhamdulillah!!!tiada kata yang mampu diungkapkan lagi..(^_^)


UKM 1 nama yang tidak pernah terlintas dibenak pemikiran, tidak pernah terdetik pada luahan sebenar dan tidak ada lansung di mana-mana ruangan…Tetapi MAHA SUCI ALLAH, takdirnya membawa sang hamba untuk belajar dari mereka-meraka yang dipertemukan…Terima kasih ya ALLAH diatas peluang untuk bersatu dengan mereka-mereka diatas naungan hidayah, rahmat dan cintaMU yang melangit luas serta jiwa-jiwa yang tidak pernah ada ragu dalam menjalankan misi menjadi penyambung risalah kekasih hatiMU MUHAMMAD…dan sememangnya terlalu banyak diriku belajar dari mereka!!! Dia 1, dia 2, dia 3, dia 4, 5, 6, 7 dan berbilang-bilang dia di kalangan mereka telah memberiku banyak pengajaran, pendidikan dan pelbagai pengertian dalam menyelami hikmah disebalik kehidupan, erti memberi seluas-luasnya, menerima seadanya dan terpenting belajar dari mereka-mereka telah membuatkan kita mengerti apa adanya dan sejuta hikmah yang tidak mungkin kita belajar dimana-mana!!!Allahu rabbi..terima kasih diatas peluang dan kesempatan ini…


Dengan masa yang berbaki dan penghujung yang tidak pernah ku ketahui dimanakah pengakhirannya…ku mohon ya ALLAH himpunkan hati kami dibawah arasyMU yang AGUNG…moga kamilah jiwa-jiwa terpilih yang pernah dimaksudkanMU untuk bernaung dibawahnya sepertimana yang telah dimaksukan kesayanganMU MUHAMMAD ABDULLAH.. "Wahai manusia, dengarkan dan fahamilah; ketahuhilah bahwa Allah memiliki para hamba yang mereka itu bukan para nabi ataupun syuhada. Para nabi dan syuhada ingin seperti mereka, padahal mereka memiliki kedekatan dan kedudukan di sisi Allah."Seseorang Badwi berkata, "Wahai Rasulullah tolong sifatkan mereka kepada kami." Rasulullah lantas tersenyum mendengar ucapan lelaki badwi tersebut , dan bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang tidak mengenali dan asing, mereka tidak memiliki tali kekerabatan satu sama lain, mereka saling mencintai kerana Allah dan menjadi satu barisan. Allah menyediakan mimbar-mimbar dari cahaya,untuk mereka sebagai tempat duduk mereka dan menjadikan wajah dan pakaian mereka bercahaya…=)…

Moga ALLAH melimpahi seluruh rahmat, hidayah dan kasih sayangMU kepada sang mereka-mereka ini yang hadir seketika cuma serta mereka-mereka yang akan mungkin akan bertakhta di jiwa untuk selama-lamanya…siapa pun mereka-mereka, dan dimana pun mereka-mereka dan apa adanya pada mereka moga ENGKAU memudahkan perjalanan, kehidupan dan memberi mereka kebahagian untuk setiap natijah yang mereka impikan kerana aku terlalu dan terlalu menyayangi sang mereka-mereka ini lebih dari diriku sendiri…aremeen2x ya rabb…Jika itu takdirnya…ku melepaskan sang mereka-mereka dengan ikhlas dan rela hati serta berbahagia…Dan ENGKAU lah sebaik-baik penjaga, pelindung dan pemilik jiwa-jiwa yang mengharap redha disepanjang jalan ini…Moga sang mereka-mereka ini terus gagah menjadi mata rantai perjuanganMu ya ALLAH!! Moga sang mereka-mereka ini terus optimis, berbahagia dan bergembira dalam kehidupan mereka serta jalani apa adanya dengan penuh rela dan dan senang hati…


Barakallahu lakum!!! Moga dengan bertautnya hati-hati kita buat kali pertama di alam rohNYA akan mempertemukan kita kembali dijalan menuju syurgaNYA yang abadi… insyaALLAH…Mogaku..kamu dan kita bisa menghadapi apa jua natijahNYA kerana disitu kan ada penghujung dalam mengenal erti perjuangan dan persahabatan sebenar-benarnya…terima kasih buat mereka-mereka!!!kerana kamu diriku menjadi lebih berharga dan bermakna!!! Moga ALLAH berikan yang terbaik buat kalian kerana ALLAH itu lebih mengenali kita lebih dari diri kita sendiri…berbahagialah wahai sahabat2xku!!!(o_O)v


p/s :Saban hari..saban waktu..masa kan terus berlalu...jangan persiakan...Persiapkan dirimu...dalam kita meneruskan jua...keyakinan yang kita bina bersama..sahabat seperjuangan akan sentiasa bersama...moga berbahgia di hari-harimu..

Al-faqierah wal haqierah ila afwi rabbi..