"tiAp sAAt kUmEriNdU, tiAp dEtikkU iNgAti, mOgA diri disAyANgi, MENikMAti hEbAt cINtA sUci, kUbErsAksi tiAdA tUhAN mELAiNkAN ALLAH, kUbErsAksi dAN mUhAMMAdLAH pEsUrUH ALLAH, kUbErjANji mALaM siANg kUrEdHA uNtkMU, kUbrjANji hidUp mAti aMAL ibAdAH uNtUkMU..."(^_^)!

Thursday, November 11, 2010

~~~Muhasabah bersama~~~

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

salam mujahadah..(^_^)v

Al-faqierah wal haqierah ila afwi rabbi..

Wednesday, November 3, 2010

hAbibi...ANtA hAbibi...



Aku bukanlah sesiapa…
Aku hanya salah seorang dari ummatmu..
Ummatmu YA RASULULLAH…
Ummat yang kau kasihi walau tidak penah bersua…
Ummat yang sentiasa basah dibibirmu setiap masa…
Tetapi aku juga punya rasa…
Rasa rindu dan kasih padamu…
Rindu disetiap kali berselawat padamu…
Rindu untuk bertemu denganmu…

YA RASULULLAH…
Hatiku bergetar dan berfikir…
Apa yang mampu ku lakukan untukmu???
Apa yang mampu ku luahkan melalui tingkah lakuku???
Apa yang mampu ku sumbangkan untuk agamaku???

YA RASULULLAH…
Inginku berlari..
Mengejar buih di kaki sirahmu…
Moga ku mampu meraih sebutir azimat dan semangat daripadamu…
Untuk kuterus melangkah, menongkah dan menelusuri kehidupan…
Berpaksikan mukjizatmu dan sunnahmu yang kau tinggalkan buat insane yang kerdil dan hina ini…
Kerana ku ingin bersama-samamu di maqam CINTA LILLAHI RABBI…

YA RASULULLAH!!! Kaulah inspirasikU!!!
Allah Humma Solli A’la Muhammad Wa A’la Alihi Wa Sohbihi Wassalam!!!