"tiAp sAAt kUmEriNdU, tiAp dEtikkU iNgAti, mOgA diri disAyANgi, MENikMAti hEbAt cINtA sUci, kUbErsAksi tiAdA tUhAN mELAiNkAN ALLAH, kUbErsAksi dAN mUhAMMAdLAH pEsUrUH ALLAH, kUbErjANji mALaM siANg kUrEdHA uNtkMU, kUbrjANji hidUp mAti aMAL ibAdAH uNtUkMU..."(^_^)!

Thursday, November 11, 2010

~~~Muhasabah bersama~~~

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............

salam mujahadah..(^_^)v

Al-faqierah wal haqierah ila afwi rabbi..

Wednesday, November 3, 2010

hAbibi...ANtA hAbibi...



Aku bukanlah sesiapa…
Aku hanya salah seorang dari ummatmu..
Ummatmu YA RASULULLAH…
Ummat yang kau kasihi walau tidak penah bersua…
Ummat yang sentiasa basah dibibirmu setiap masa…
Tetapi aku juga punya rasa…
Rasa rindu dan kasih padamu…
Rindu disetiap kali berselawat padamu…
Rindu untuk bertemu denganmu…

YA RASULULLAH…
Hatiku bergetar dan berfikir…
Apa yang mampu ku lakukan untukmu???
Apa yang mampu ku luahkan melalui tingkah lakuku???
Apa yang mampu ku sumbangkan untuk agamaku???

YA RASULULLAH…
Inginku berlari..
Mengejar buih di kaki sirahmu…
Moga ku mampu meraih sebutir azimat dan semangat daripadamu…
Untuk kuterus melangkah, menongkah dan menelusuri kehidupan…
Berpaksikan mukjizatmu dan sunnahmu yang kau tinggalkan buat insane yang kerdil dan hina ini…
Kerana ku ingin bersama-samamu di maqam CINTA LILLAHI RABBI…

YA RASULULLAH!!! Kaulah inspirasikU!!!
Allah Humma Solli A’la Muhammad Wa A’la Alihi Wa Sohbihi Wassalam!!!

Saturday, October 30, 2010

Renung-Renungkanlah...kita masih punya waktu untuk memikirkannya...

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur...





Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya...


Sumber :
www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli

p/s : "...Ianya indah dari rupa, tetapi penuh kemurkaan ALLAH semata2x..." Hakikatnya hanya kita sendiri yang tahu apa yang kita lakukan e2 tepat @ sebaliknya...jika ragu...tinggallah keraguan..carilah keredhaan...kerana kitalah nakhoda yang memandu behtera kehidupan kita...ALLAH mengetahui apa yang kamu lakukan...wallahu a'lam...
"tapi aku kuatir...kalau aku derhaka...dalam ketaatan, bukan rahmat dariMU yang ku dapat..tapi ku dapat kemurkaanMU..ya RABBAL A'LAMIN...Maafkanlah aku..."

Tuesday, October 26, 2010

“ALLAH bersamaku…ALLAH memerhatiku…ALLAH melindungiku…"

Bismillahirrahmaanirrahim…
“Cukuplah ALLAH sebagai sebaik-baik penolong & pelindung..”

“ALLAH bersamaku…ALLAH memerhatiku…ALLAH melindungiku…

Ketika hati ini mula berbicara tentang kebenaran, tidak ada suara yang mampu menenggelamkan gema kebenaran yang disuarakan oleh-NYA… Ego & nafsu juga tidak terkecuali... Namun kadangkala jiwa manusia lebih berpihak kepada hawa nafsu tanpa melihat pemberontakan rohani yang ingin merangkul nilai-nilai yang tinggi iaitu kebenaran... Akibatnya, manusia kian hanyut dalam kegelapan nilai kehidupan buta kepada kebenaran dan dibajai dengan nista keburukan… Hati ini tidak layak berjalan dalam gelap… Akhirnya hati ini tidak dapat menikmati keindahan nilai kehidupan kerana tidak mampu melihat dalam kegelapan…..

Namun…Percayalah wahai sahabat…

Tatkala jiwa ini mendengar suara hati nurani maka cahaya kebenaran mula memperlihatkan sinarnya…Nilai kehidupan semakin bermakna… Dikala itu, manusia akan memahami banyaknya nilai hidup yang dilewati dengan sia-sia…Manusia akan menyesal kerana banyak waktu terbuang dengan percuma…

Tetapi sedarlah wahai sahabat…

Ketika jiwa kita melangkah menuju cahaya kebenaran, itu lebih baik walaupun terlambat dari terus hanyut dalam kegelapan…Maka, bersyukurlah ALLAH masih memberikan cahaya kepada hati kita untuk menempuh masa depan dengan cahaya kebenaran…HIdup kita tidak akn menjadi sia-sia apabila mengharunginya dengan cahaya jiwa yang terang kilauannya..

Ingatlah wahai sahabat…

Kita mesti terus melangkah masa depan…bukan berundur ke masa silam…Maka, buatlah sesuatu agar nuranimu semakin bercahaya dengan kebenaran agar jalan yang kau lalui tidak lagi membuatkan dirimu terjatuh dijurang yang sama kerana kegelapan…
Wahai sahabatku…

Manusia sentiasa akan melakukan kesilapan…Namun wajib bagi dirinya untuk memperbaiaki diri segera & menyucikan jiwa dari perbuatan dosa… ALLAH tidak akan melaknati hamba-NYA yang bertaubat!!! Manfaatkanlah waktu yang ada untuk terus ditarbiyah dan mentarbiyah!!!ALLAH tidak akan bebankan umatnya melainkan dengan apa yang kita mampu menanggungnya…Sesungguhnya DIALAH yang MAHA PENGASIH & lagi MAHA PENYAYANG…

“Bila gelisah bernilai ibadah,
“Bila resah membuah taqwa,
“Bila hati berbunga zikrullah,
“Bila diri meraih cinta & kasih YANG ESA,
“Tiada yang mampu ku luah,
“Semoga Nur Hidayah dan Cinta-NYA terus melimpah…
“Membajai diriku menuju redha yang ESA…aremeen2x yA ALLAH…”

p/s muhasabah diri : Aku perlu manfaatkan!!! Sepatutnya dengan pertambahan umur kita, kita semakin mendepani masa yang ada…meningkatnya potensi yang ada, iman, taqwa, thaqafah untuk teguh berdiri dalam meneruskan risalah perjuangan, berfikiran matang, bijak mengatur & menguruskan masa terbuang dan tidak putus dalam ditarbiyah dan mentarbiyah…Namun terkadang fatamorgana dunia telah membutakan minda sehingga kita lupa, alpa, lalai dan leka dalam menjalankan misi-misi dan amanah yang telah ditaklifkan..

“YA ALLAH, semoga engkau membukakan minda, mata & hati kami untuk mencapai destinasi yang sebenarnya…Tuntunlah kami untuk berjalan melunaskan hutang-hutang amanah yang belum kami selesaikan…Bantulah kami dengan memberi kekuatan-MU untuk kami belajar mentarbiyah dan redha ditarbiyah…Moga ENGKAU tidak putus menyedarkan kami walaupun yang hadir itu sepahit hempedu…kerana kami ingin diri ini merimbun dibawah naungan REDHA & CINTAMU…aremeen ya rabbal a’lameen…”
“Ya rabbal a’lameen…maafkanlah aku…”

Al-Haqierah wal faqierah ila afwi rabbi…(^_^)v

Saturday, May 8, 2010

(^_^)V~~~Tiap hari sayang~~~(^_~)

In the name of Ar – Rahman N Ar – Rahim….
Bismillahhirrahmaanirraahim….
Assalamualaikum ww…

<<< Khas buatmu my beloved MAMA >>>SAMIHAH AHMAD…

I only have my beloved MAMA whose the most important one in my LIFE since my father yarji’ ila rahmatillah munzu isna a’syar aa’maan…No words i can say except : (^_^)

I LOVE U MAMA… I LOVE U MAMA… I LOVE U MAMA and I LOVE U so much..more than I love my self…may ALLAH bless u always..barakallahu fik ya UMMI MAHBUBAH…SELAMAT HARI IBU…but...for me every day is a MOTHER’S DAY…i luv u maa...(^_^)



Mama yang tercinta…
Bagaimanalah dapatku balasi..
Segala jasamu yang tercurah…
Buat kami anak – anakmu ini…
Pengorbananmu tiada tandingan…
Mendidik dan mengasuh kami…
Tanpa jemu dan bosan…
Penuh kesabaran…

Mama terima kasih…
Atas segalanya…
Kerana kau telah mengenalkan kami..
Kepada TUHAN YANG MAHA ESA…
Kau tunjukkan jalan untuk ke sana…
Negara AKHIRAT yang kekal abadi…

Betapa mulia pengorbananmu…
Betapa murni kasih sayangmu…
Dapatku rasa mama kasihmu…
Kasih sejati…
Moga ALLAH rahmati…
Moga ALLAH redhoi...

BARAKALLAHU FIKUM….
(^_^)*…:::Al – Haqierah wal faqierah ila Afwi rAbbi:::…*(^_-)

Tuesday, March 9, 2010

Buatmu Sahabat - sahabatku yang dikasihi ALLAH...(, " )


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum ww…Dengan izin rahmat dan kasihnya…

Lagu ni kutujukan khas buat kalian...semoga kita mampu bertahan untuk mengharungi liku2x hidup ini dengan penuh keikhlasan dan kesabaran yang tinggi...aja2x finghting...(^_^)!!!pasti ada ruang dan peluang untuk diri kita...ALLAH lebih mengetahui dimana posisi kita...Ape yang penting...Berteguhlah pada jalan yang kita pilih...Semoga kejayaan menjadi milikMU dan milikku jua..pasti akan hadir saat dan waktu yang telah ditetapkan buat kita...

Daripada kacamata pengembara…
Kita adalah berkelana…
Daripada kacamata penguasa…
Kita adalah hambanya yang lemah…

Susurilah jalan - jalan kehidupan bertemankan suria nak indah…
Renangilah gelora dilautan dengan kesabaran…
Kelak kau kan tiba….

Dakilah gunung yang tinggi untuk mencapai cita - citamu…
Gapailah bintang yang kerlip untuk menerangi hatimu yang kecil ini…

Daripada kacamata pengembara…
Kita adalah kita adalah berkelana…
Daripada kacamata penguasa…
Kita adalah hambanya yang lemah…

Luas jalan terbentang…
Wujud kesaksian kebenaran…

Dakilah gunung yang tinggi untuk mncapai cita - citamu…
Gapailah bintang yang kerlip utk mnerangi hatimu yang kecil ini…

Biarpun ribut melanda…
Duniakan cerah pabila ia akan reda..
Percaya pada dirimu sendiri kelak kau kan berjaya menggapai impian…

"yA ALLAH...semoga ENGKAU berikan kami kekuatan utk terus istiqamah & sabat dijalanMU...mgkn dgn saat dan waktu yg berbaki ini masih terselitnya sejuta rahmat dan ruang utk kmi memperbaiki keadaan dengan iqtikad & iltizam yg kami ada...semoga ALLAH memberi kami ruang utk brmuhasabah dan bermujahadah...mungkin MASIH ADA LAGI shbt2x...peluang berharga yg ALLAH kurniakn buat kita..Ayuh shbt2x!!!bersama2x kita bernaung dibawah rimbunan kasihhNYA krn MASIH ADA LAGI shbt2x ruang bagi kita utk memperbaiki diri demi mencapai redhoNYA...(^_^)!!Manfaatkanlah selagi kontrak nyawa kita masih belum ditamatkan!!!insyaALLAH!!!Semoga tiada lagi penyesalan yang perlu kita kesalkan selepas ini!!!

BARAKALLAHU FIKUM….
(^_^)*…:::Al – Haqierah wal faqierah ila Afwi rAbbi:::…*(^_-)

Wednesday, March 3, 2010

...jADikAN iA jALAN MENUjU kEbAHAgiAAN...


Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada ALLAH SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumah tangga, kegagalan dalam hidup atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang, bergantung kepada tahap penerimaan mereka. Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik terhadap individu yang mengalaminya... Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negative maka ia berkemungkinan akan membawa kepada kehancuran yang merugikan... Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh membawa kesejahteraan.

Apakah yang harus dilakukan sekiranya kita ditimpa masalah atau musibah??? Apakah dengan melampiaskan rasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara yang terjadi??? Kiranya begitu,anda salah sahabat2x…Disini ada jwapannya…Jawapannya adalah dengan KEMBALI KEPADA ALLAH… Ingatlah dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang. Firman ALLAH SWT “ Tiada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang itu kecuali dengan izin –NYA..Dan barangsiapa yang beriman kepada ALLAH nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya…”( At – Taghabun : 11). Kita seharusnya redho dengan apa yang berlaku kerana qada’ dan qadar daripada ALLAH. Dan seseorang yang beriman itu tidak akan sesekali menyatakan bahawa ALLAH itu tidak adil semata – mata musibah yang melanda dirinya itu terlalu perit untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah itu bersesuaian dengan kehendak diri kita. Ini kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI diatas setiap sesuatu. ALLAH berfirman dalam surah Al – Baqarah ayat 216 yang bermaksud : “…..Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui…”. Apabila ALLAH memberi musibah kepada kita, ketahuilah sahabat2x itu adalah hantaran kasih sayangNYA buat diri kita… Bukan mudah untuk kita mendapat mahar hantaran kasih sayang yang tidak terhitung nilai harganya...jauh lebih bernilai daripada segala - galanya… Beruntunglah kita yang ditimpa musibah kerana itulah tanda ALLAH semakin kasih kepada kita. Ia juga merupakan 1 ujian penilaian keimanan diri, sejauhmanakah kita beriman atau adakah iman kita begitu nipis sehingga dengan sedikit ujian sahaja sudah bisa menggoyahkan hati kita??? Cuba sahabat2x renungkan firman ALLAH : “ Dan, sungguh kami berikan cubaan kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah – buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang – orang yang bersabar…” ( Al – Baqarah : 155 ).

Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. Maka apabila ditimpa musibah, alangkah baiknya jika kita iktiqadkan dalam hati bahawa inilah permulaan didalam kehidupan kita. Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat daripada ALLAH untuk kita semua bermuhasabah diri bagi melakukan satu transformasi atau mencetuskan momentum perubahan kearah yang lebih baik. Ringkasnya apa yang telah berlaku itu tersimpan sejuta rahmat dan hikmah yang harus dinilai… Berdoalah kepada ALLAH memohon bantuan dan semoga kita diberi keringanan dalam melaksanakan segala urusan. Firman ALLAH : “ Berdoalah kamu kepada – KU, nescaya akan Aku perkenankan bagimu…” ( Al – Mukmin : 60 )… Seterusnya bertawakkallah kepada ALLAH dalam apa jua keadaan yang kita hadapi…Firmannya dalam surah Al – Maidah ayat 23 “…..dan hanya kepada ALLAHlah tempatnya kamu bertawakkal jika kamu benar – benar beriman… Jangan lupa mengadu dihadapanNYA jika hidup kita seringkali disapa kegelisahan dan kesempitan… Ringankanlah lidahmu wahai sahabat2xku...Ucaplah Hasbunallahu wa ni’mal wakil...( cukuplah ALLAH menjadi penolong kami dan ALLAH adalah sebaik – baik pelindung. “ Sesungguhnya orang – orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira…” ( Az – Zumar : 10 )…Wallahu a’lam…

Pesanku : “ Tiada masalah tanpa penyelesaiannya..kita yang harus meneliti dan mengkaji, sebagaimana setiap penyakit pasti ada penawarnya…Anggaplah musibah itu satu tiket untuk kita sama – sama mendekati ALLAH dan jalan menuju bahagia…so???Ingatlah ALLAH telah berjanji didalam Surah Al – Insyirah bahawa sesudah kesulitan itu adanya kemudahan…All da best my dear sis…ALLAH whose always be by ur side Abadan abada…n I’ll be there 4 u in anytime u need me…(^_^)V…InsyaALLAH…

BARAKALLAHU FIKUM….
(^_^)*…:::Al – Haqierah wal faqierah ila Afwi rAbbi:::…*(^_-)

Friday, February 26, 2010

(",):::...sErAHkAN sAjA pAdA EsA...:::(^,^)


Saban hari saban waktu telah berlalu, rentetan kerana terlalu banyaknya perkara yang melanda diri penulis sejak kebelakangan ini, menbuatkan penulis ingin berkongsi siapakah sahabat yang selalu berdampingan disisi kita ketika disapa rasa duka, kecewa dan terluka …Ketika mana ujian yang menimpa telah menganggu gugat naluri hati dan diri… Persoalan demi persoalan cuba dirungkaikan dengan muhasabah dan mujahadah yang tinggi… tetapi akhirnya segala – galanya terungkai jua dihadapan yang MAHA ESA…kepada siapa lagi harus diluahkan segala rasa melainkan DYAlah yang lebih berhak, kerana DYAlah sebaik2x pelindung dan penolong… Syukran YA ALLAH telah mendidik hati dan diri supaya terus bersabarlah!!!…Ku persembahkan kepada kalian disebalik tabir kesabaran.....

Seperti yang kita sedia maklum, sabar adalah hasil gabungan 5 huruf iaitu S + A + B + A + R = SABAR…(^_~)V… So, kalian tahu ada apa dengan sabar??? Sabar adalah segala-galanya sahabat2x…(^_^)V!!! Sabar adalah teman setia yang sentiasa bersama- sama kita dan ia tersembunyi jauh dilubuk hati manusia… Sabar datang tanpa dipinta, tetapi ia hadir tepat pada waktunya… Sabar tidak pernah mengecewakan si pemiliknya…kerana sabar itu terlalu INDAH… INDAH… dan INDAH… jadi tidak hairanlah ALLAH S.W.T berfirman “FASOBRAN JAMIL”… Sabar itu indah… Seindah kalamNYA, ALLAH YANG ESA… DIA yang lebih mengetahui segalanya dari kita… Sabar mengajar kita semakin dekat dan yakin denganNYA… Sabar memberi kita KEKUATAN tatkala kita berdukacita… Sabar juga menjadi PENAWAR bagi HATI mereka yang LARA dan sabar jua adalah teman setia disepanjang pengembaraan kita… Maka, beruntunglah bagi mereka yang sentiasa berSABAR didalam apa saja musibah dan natijah yang melanda…

Orang yang bersabar hidup dalam kenikmatan dengan kesabarannya… Orang yang putus asa hidup dalam neraka dengan keputus asaannya… Penjara orang yang bersabar adalah perlindungan, musibahnya adalah pemberian, ujiannya adalah anugerah, kefakirannya adalah kekayaan dan penyakitnya adalah kea’fiatan… ADAM bersabar atas pengeluarannya dari syurga… NUH bersabar diatas kehilangan anaknya, IBRAHIM bersabar diatas penyembelihan anaknya… YA’AQUB bersabar diatas perpisahannya dengan YUSUF… MUSA bersabar diatas penyeksaan orang yang zalim… DAUD bersabar atas kepahitan penyesalanya… SULAIMAN bersabar diatas fitnah dunia… ISA bersabar diatas kepedihan kefakiran… Dan MUHAMMAD cintaku telah bersabar diatas keseluruhanya… DIA bersabar atas perpisahan dengan tanah airnya,lalu meninggalkan ahli keluarga, anak dan harta benda… SABAR diatas kematian anaknya... DIA bersabar diatas kesakitan seksaan demi menegakkan KALAMNYA yang HAQ… DIA bersabar atas kegembiraan musuh, penyamaran teman, kederhakaan kaum kerabat, celaan mereka yang dengki, dendam mereka yang iri, persekongkolan musuh, ketamakan jemaah, banyaknya penentang, kekuatan kebatilan dan kurangnya penolong… DIA bersabar diatas segala – gala yang menimpa sepanjang hayatnya… Sungguhpun begitu, MUHAMMAD cintaku tetap bersabar dengan kesabaran yang sebaik –baiknya pada setiap maqam ubudiyyah… SABAR dalam keredaan dan kemarahannya, perdamaian dan peperangannya, kaya dan miskinnya… Lalu menjadi IMAM kepada orang yang bersabar dan TELADAN bagi orang – orang yang bersyukur…. Bersabarlah wahai sahabat – sahabatku sepertimana MUHAMMAD cintaku bersabar diatas segalanya…ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita semua…InsyaALLAH…

Mengimbau kembali mutiara kata dari Dr.Aidh Abdullah Al – Qarny membuatkan penulis terus berusaha untuk bersabar dengan sebaik – baiknya… Katanya, SABAR itu adalah benteng kukuh yang tidak dapat dikepung tentera, tidak dapat dimasuki musuh dan sabar adalah benteng kuat yang tidak dapat ditembusi panah… SABAR adalah mujahadah melawan keputus asaan, kegagalan dan musibah… SABAR juga adalah genggaman diatas bara, menutupi kelukaan, menyembunyikan musibah dan mengawal hawa nafsu… SABAR adalah bekalan yang tidak akan pernah habis, pertolongan yang tidak akan pernah kering dan sahabat yang tidak akan pernah jemu… Jika anda mempunyai kesabaran, maka anda tidak perlu takut dari bilangan musuh dan persediaannya… HADAPILAH segala urusan dan musibah dengan SENYUMAN… Bak kata salah seorang senior penulis ….” SENYUMLAH PADA MASALAH, DAN MASALAH AKAN SENYUM KEMBALI KEPADA KAMU…(^_^)!!! Tetapi senyum tanpa tindakan tidak mampu selesaikan masalah jugakkan??? Balas yang sowang lagi sahabat penulis… Antum sume lebih mengerti dan mengetahui conclusion yang paling baik buat diri kalian…

Renunglah dengan sedalam - dalamnya… Mungkin sedalam dasar lautan… Renunglah dengan mata hati… Betapa sabarnya kekasih ALLAH menempuhi setiap liku disepanjang kehidupannya demi mencapai REDHO dan CINTA dari KEKASIH HATINYA sedangkan baginda sendiri telah mengetahui posisinya di akhirat kelak… Tetapi baginda masih mampu bersabar di atas segala – galanya… Dimanakah pula posisi kita??? Adakah kita bersabar diatas segala – galanya??? Cubalah bersabar disaat apapun yang menimpa… Kerana disebalik kesabaran itu ada suatu hikmah, kekuatan dan rahsia yang akan tersingkap bagi mereka yang benar – benar bersabar serta nikmat yang tidak mungkin kita kecapi melainkn dengan BERSABARLAH!!!… dan disitu kita mampu BERSEDIA… BERSEDIA dengan seyakin- yakinnya bahawa ALLAH telah menyediakan yang terbaik buat kita… What u waiting for??? Ayuh BERSABARLAH!!!!!

“ Bersabarlah… Serahkan saja pada yang ESA… Bila masanya menjelma… Kebahgiaan akan tiba… Tidak mungkin hidup sepi…. SelagiKU masih disini….” Remember there is no ONE whose always be by our side accept ALLAH… Whose always be by your side ABADAN ABADAA…(^_^)!!! InsyaALLAH….fOrEvEr n EVEr…ALLAH kNOWs…

Pesan penulis : “ Rujuklah ALLAH dalam keadaan apa sekalipun, not LADIES FIRST, also not FRIEND FIRST, not BF or BG FIRST but ALLAH FIRST in no matter what u face… InsyaALLAH… Nescaya tiada natijah yang akan mengecewakan kita kerana disitulah wujudnya sesuatu yang tidak pernah kita sangkakan di penghujungnya…” Wallahu ‘alam….

BARAKALLAHU FIKUM….
(^_^)*…:::Al – Haqierah wal faqierah ila Afwi rAbbi:::…*(^_-)

Tuesday, February 23, 2010

...Setelah sekian lama....



In the name of Ar – Rahman N Ar – Rahim….
Bismillahhirrahmaanirraahim….
Assalamualaikum ww…
Pertama kalinya…Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana masih lagi memanjangkan kontrak nyawa penulis hingga ke saat ini serta dengan izin dan rahmatnya jua dapat penulis memulakan satu transformasi untuk membuat blog sendiri di penghujung usia yang masih lagi berbaki setahun dibumi UKM ini…Syukran jazilan wa a’la kulli hal buat sahabat 1 dan sahabat 2 yang dikasihi kerana tidak pernah jemu membakar semangat penulis untuk meneruskan langkah menyiapkan blog ini… Thank’s a lot to both of u my dear lovely little cutest sis in the world…And i thank's a lot to ALLAH SWT for giving me both of u to be by my side in any possible time…ALHAMDULILLAH…Moga rahmat dan kasihNYA menaungi kalian untuk selamanya...
(^_^)V...Barakallahu lakuma...

This is my first entry, so semoga apa yang bakal dihidang buat tatapan sahabat2x 9t dapat dijadikan satu peringatan yang baik dan dapat memberi manfaat dalam sama – sama kita berusaha meraih redho dan cintaNYA YANG ESA …Juga moga sahabat2x dapat memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada penulis bagi menghasilkan momentum penulisan yang terbaik dari satu masa ke semasa sepanjang pengembaraan penulis berada di medan latihan ini sebelum bergerak ke medan perjuangan sebenar kelak… InsyaALLAH… Tanpa kalian, siapalah saya…(^_^)V…

"Moga hari2x mendatang adalah lebih baik dari hari yang sebelumnya dan kita juga diberi kekuatan, ketenangan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi apa jua mehnah yang bakal menimpa…
"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan... Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..." Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani =)…
BARAKALLAHU FIKUM…

(^_^)*…:::Al – Haqierah wal faqierah ila Afwi rAbbi:::…*(^_-)